nuffnang header

Monday, 15 August 2011

Kora Kata Kenapa?

Kenapa orang yang kita sayang selalu sakiti kita?

Kenapa semua usaha yang ikhlas tampak tak bererti tatkala si dia tidak pernah cuba untuk hargai?

Kenapa susah untuk kau mengerti yang aku perlukan kasih sayang dalam dunia yang sunyi ini?

Kenapa kau sanggup mementingkan diri sedangkan kita sekarang sudah berkongsi hati?

Kenapa kau sanggup membiarkan aku terpinggir di puncak kesedihan yang mengikis kewarasan diri?

Kenapa kau tak pernah melihat kesengsaraan yang meratah diri aku dikala kita terpisah buat seketika ini?

Kenapa semua masa yang terluang bersama tidak pernah kau ingati?

Kenapa perlu kau memandang remeh niat permintaan aku untuk dikasihi?

Kenapa kau tidak sesekali bersyukur kkepada Tuhan bahawa aku setia menanti?

Kenapa kau menganggap hubungan yang terjalin ini seperti permainan duniawi?

Kenapa Oh Kenapa???

1 comment: