nuffnang header

Sunday 6 November 2011

Puncak Kejayaan

Orang selalu cakap bahawa apabila kita telah berjaya menawan puncak kejayaan dalam hidup, kita akan terasa sunyi.

Kenyataan di atas ini sememangnya benar tetapi dalam situasi tertentu sahaja.

Biasanya, apabila kita telah berjaya, kita mudah lupa diri.

Apabila diri telah dilupakan,
Hati menjadi bekas kosong tanpa inti,
Mata menjadi buta tidak mampu melihat cahaya Illahi,
Dan roh menjadi kacau bilau tanpa henti.

Kadang-kadang kejayaan di depan mata membuatkan kita terasing daripada orang-orang di sekeliling kita. Hal ini terjadi kerana kita mungkin menganggap orang lain tidak memahami kita lebih-lebih lagi apabila kejayaan yang dikecapi berdasarkan usaha kita sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Tetapi sedarlah bahawa semua manusia sebenarnya sama sahaja dan rezeki yang dikurniakan Tuhan itu patut disyukuri & dikongsi sekiranya lebih dari mampu.

Kejayaan yang dikecapi itu berkat limpahan rezeki yang Tuhan berikan kepada kamu. Janganlah kamu anggap lain kerana sesungguhnya Tuhan itu berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Tanpa Tuhan,
Tiada kejayaan,
Tanpa Tuhan,
Tiada aku dan kamu.

Renung-renungkan bersama.

No comments:

Post a Comment