Kamar keluli,
Belum mampu mengekang mindaku,
Yang melayang jauh,
Ataupun jua menahan,
Hasrat hatiku ini,
Untuk membawa diri,
Jauh dari realiti,
Namun ku pasrah,
Jasadku terikat,
Dengan pelbagai rantaian,
Yang meskipun tidak kelihatan,
Namun tetap juga menyeksakan,
Bahuku kian rapuh,
Memikul bebanan,
Sehingga aku tidak lagi mampu,
Mendongak ke langit,
Ataupun mengenal lagi erti,
Kebebasan...
No comments:
Post a Comment