nuffnang header

Friday, 12 October 2012

Mata

Mata...

Mereka pernah berkata bahawa apa yang kau lihat semuanya dusta.

Benarkah tuduhan sebegitu?

Pada pendapat saya, penglihatan kita berbeza.

Jika kau melihat menggunakan kedua-dua belah matamu, nescaya tiada apa pun yang sempurna kerana fitrah kita akan secara sendirinya mengenal pasti baik buruk setiap sesuatu. Sungguhpun begitu, tidak semestinya melihat menggunakan biji mata sahaja. Itu tidak memadai. Masih ada mata hati, bukan?

Mata hati melihat dari sudut emosi,
Kewujudannya tidak perlu disangkal lagi,
Kuasanya hebat tiada terperi,
Penggunanya cermat berilmu tinggi.

Lihatlah dunia dari sudut berbeza dan lihatlah ia dengan fikiran yang terbuka didorong perasaan ingin tahu.

Jika kamu melihat dengan sebelah mata, pergilah kamu menikmati kebaikkan yang ada di atas muka bumi ini,
Jika kamu menutup sebelah mata, beralihlah daripada menjadi saksi kepada kezaliman yang dilakukan para saudara mahupun saudari...

No comments:

Post a Comment