nuffnang header

Monday, 26 December 2011

Kurang Ajar, Kurang Belajar

A: Orang bodoh pergi ke sekolah untuk belajar.
BOrang pandai datang sekolah untuk mengajar.

Gittuwww!

Kalau dilihat dari sudut pemikiran terdapat juga logiknya kenyataan di atas itu.

Situasi A melambangkan pelajar manakala situasi B pula melambangkan guru/tenaga pengajar,kan?

Sememangnya begitu namun kesal sekali apabila diperhatikan pada masa kini banyak perubahan berlaku. Pelajar/murid bertindak luar dari adab dengan mencabar guru!

Mengapa boleh terjadi sebegini??

Kemajuan teknologi sedikit sebanyak memberi impak dalam pergolakkan situasi ini. Segelintir murid mendakwa bahawa guru mereka agak lapuk, ketinggalan dalam bab permodenan dan masih berdasarkan teknik mengajar yang kuno!

Ewah kau cakap bukan main hebat ya?!

Baru ada internet sikit dah berlagak macam bijak bestari padahal otak sempit, pandangan masih serong & dada tak yah cerita lah memang kosong tapi penuh dengan asap rokok 50 sen sebatang yang kau curi hisap dalam tandas masa rehat tu dik oi!

Ramai orang cakap murid-murid sekarang kurang ajar...

Memang pun tapi harus diingat bahawa itu tiada kena mengena langsung dengan sikap mereka. Sikap itu boleh diubah, tiada masalah! Ini yang ramai orang salah tafsir. Ramai orang salah faham. Ramai orang terlepas pandang punca sebenar masalah di sini... Inilah yang harus diperjelaskan.

Apakah punca masalahnya??

MASALAHNYA IALAH KEGAGALAN MASYARAKAT KITA UNTUK MENGHARGAI ILMU!!!

Terbeliak mata? Terjaga dari lamunan? Terkesima?
Bagus.

Ilmu itu bernilai. Kenapa kau nak jadi biadap apabila ada orang yang sanggup mendidik kau untuk jadi orang yang berguna kelak di masa akan datang? Kau tak sedar ke? Ilmu itu boleh juga menyelamatkan nyawa. Hidup ni kena pandai pakai otak untuk terus bergerak & kalau tak memang sah-sah lah kau akan kena pijak!

Jadi cuba fikir balik & ingat sepanjang hidup kau dari dulu hingga sekarang, Mesti bermanfaat kan ilmu yang cikgu kau ajar dulu. Mesti ada! Bohong kalau tak ada langsung. Kau bohong, kau binasa!

Kesimpulannya ialah hormatilah guru kita kerana ilmu yang dicurahkan oleh mereka sangat berharga dan jasa mereka mematangkan kita bagi menghadapi cabaran yang menanti di persimpangan hidup pada masa akan datang tidaklah terbalas walau macam mana sekalipun. Janganlah kita mencaci atau memperlekehkan guru kita. Kadang-kadang mungkin diorang ada gak buat salah tapi biasalah tu. Lumrah manusia Hey, manusia memang tak sempurna. Itu fakta jadi telan jelah, bodoh.

Hormatilah guru anda & semoga ilmu yang anda terima diberkati & bermanfaat hingga ke hujung hayat!

No comments:

Post a Comment