Sudah lama ku menanti,
Kehadiranmu di sisi,
Setelah lama terpisah tempoh jauhari,
Akhirnya kini kita bersua kembali!
Tatkala pertama kali kita berjumpa,
Menatap raut wajahmu yang ayu,
Membuatkan aku terpesona!
Tubuhku kaku lantas jua lidahku kelu,
Cuba mencuri pandang juga aku tidak mampu,
Dilanda segan aku tertunduk malu,
Diam seribu bahasa kehairanan aku membisu...
Hidup umpama permainan catur,
Langkah dimulakan selepas strategi diatur,
Kemahuanku diturut namun kelemahanku diakur,
Salam perkenalan ingin sekali ku hulur.
Salam diterima orang berkenaan,
Hajat di hati sudah kesampaian,
Meniti hari membina kepercayaan,
Berdoa kini agar dikekalkan kebahagiaan.
Mengenali hati budimu yang luhur,
Menyelami perasaan dan jati diri,Kepada Tuhan senantiasa aku bersyukur,
Kasih dan sayang bersama disulam pasti.
Dirimu ibarat batu permata,
Sungguh bernilai dan cantik di mata,
Nilaimu terhadapku amatlah berharga,
Sebaik mungkin akan ku pelihara!
Hari ini hari dia,
Hari ini hari bahagia,
Hari ini dia gembira,
Hari ini aku gembira untuknya. <33
wah wah wahhhhh.. happy for you guys ;]
ReplyDelete