nuffnang header

Tuesday, 4 October 2011

Media Masa Kita Kini

TV terpasang sepanjang hari,
Surat khabar bersepah di tengah lantai rumah...
Sememangnya semua itu tidak lagi aku hiraukan.
Oh mengapa pula?
Kerana semua itu telah berlalu.
Tiada guna menoleh untuk melihat benda yang sudah terjadi.
Tidak terubah lagi semua itu,kan?
Tolong jangan bingung.
Berhenti sejenak untuk berdiri dalam pandanganku...

Media masa kini,
Tidak lagi seperti dulu,
Media masa kini,
Hanyalah tempat muntahan emosi...

Bagaimana boleh jadi begini?
Mudah sahaja,
Semuanya sudah tidak lagi suci.
Tiada lagi keikhlasan di hati mereka untuk menunjukkan realiti.
Adakah mereka takut dengan kebenaran?
Tidak sama sekali.
Mereka dikaburi duniawi.
Harta dan populariti menjadi topik yang paling diminati,
Bahasa dipersendakan sambil dicemari,
Propaganda tersebar mekar,
Umpama bunga-bunga liar yang merosakkan permandangan murni,
Pertengkaran diperbesarkan,
Sana sini caci dan maki,
Budaya & adat diperlekehkan,
Berdasarkan alasan bahawa tradisi tidak lagi selari,
Dengan dunia hari ini...

Mengarutlah semua ini,
Malas juga aku mahu peduli,
Masing-masing menjatuhkan diri sendiri,
Adakah sinar pada hari mendatang nanti?

No comments:

Post a Comment