nuffnang header

Monday, 23 May 2011

Bisikan Kalbu

Terperangkap dalam sangkar kemurungan,
Dihidangkan cahaya melalui ruang yang dilupakan,
Mampukah aku masih menaruh harapan,
Menanti detik yang menjanjikan keriangan...

Menderita aku menagih perhatian,
Hidup sengsara mengharapkan belas kasihan,
Puncak paradigma dihujani tekanan,
Deria rasa dipertaruhkan dalam nukilan.

Kerinduan meruntuhkan ketabahan hati,
Ruang kewarasan dijajahi emosi,
Minda berlegar menuruti hati,
Dilanda ribut namun setia menanti...

Apabila jurang komunikasi mula terbatas,
Keresahan menusuki dengan pantas,
Hanyut sebentar dibuai arus deras,
Yakinlah bahawa cinta sejati akan terbalas!

No comments:

Post a Comment