Budak itu sehangat bahang mentari,
Budak ini sedamai cahaya purnama di malam hari.
Budak itu cantik raut wajahnya,
Budak ini kelihatan selekeh rupanya.
Budak itu bijak belajar,
Budak ini pantang dicabar.
Budak itu pemalu orangnya,
Budak ini gemar berjenaka.
Budak itu selesa mengunci mulutnya,
Budak ini pandai menyusun kata-kata.
Budak itu suka menjamu selera,
Budak ini terbatas cita rasanya.
Budak itu selalu di rumah bersama keluarga,
Budak ini rajin keluar mengembara.
Budak itu mendalami ilmu alam,
Budak ini bermimpi mencari ilham.
Budak itu telah membuka hatinya setelah sekian lama,
Budak ini dengan berani meluahkan cinta.
Budak itu terima seadanya,
Budak ini bersyukur kepada Maha Pencipta.
Demi Allah mereka akan kekal bahagia bersama,
Mengapa kamu tanya?
Kerana inilah kisah AKU & DIA! (^_^)
(Khas untuk Tajul Atiqah)
No comments:
Post a Comment